Tanggungjawab Sosial Perpustakaan di Rumah Amal Hembusan Kasih

Alhamdulillah pada petang ini program bersama penghuni Rumah Amal Hembusan Kasih (RHK) telah dapat ditunaikan. Ia merupakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Perpustakaan. Kelab Kebajikan Kakitangan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Perlis telah dapat membuat sedikit kutipan amal sesama staf dan ianya didermakan kepada RHK ini. Rumah Amal Hembusan Kasih yang menempatkan lebih kurang 45 orang anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak asnaf zakat serta anak-anak yang perlukan penjagaan dan pembelaan peringkat rendah ini terletak di Arau Perlis.

Bila berada sesama mereka anda akan merasa sebak dihati. Mengenangkan keadaan mereka. Sandaran hidup mereka tiada kepada ibu bapa tetapi semata-mata kepada Allah dan pengasuh serta penjaga RHK menjadi ibu dan pembimbing mereka.

Apabila  melihat mereka saya teringat gelagat mereka semasa membuat persembahan di Dewan Seri Semarak UiTM Perlis semasa  Majlis Makan Malam Amal, Kasih Rakyat "Jalinan Untaian Harapan" bersama DYTM Raja Muda Perlis. Memang menghiburkan.

Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk melihat kehidupan anak-anak ini dan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri kita. Marilah kita bantu membantu samada secara terang mahupun senyap. Kerana setiap apa yang Allah jadikan dalam kehidupan ini, miskin dan kaya ada kebaikannya. Ambillah kesempatan dari apa yang kita ada.




Comments

Popular Posts