Perasmian Karya Seni MCAT 2013

Pameran Karya Seni Malaysia Contemporary Art Tourism (MCAT) 2013 adalah julung-julung kalinya di adakan di negeri Perlis. Sebelum ini pameran tahunan tersebut telah 4 kali diadakan di Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain. Program di negeri Perlis adalah merupakan anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra, Malaysia Tourism Promotion Board, UniMAP Pauh Putra, UiTM (Perlis), Jabatan Laut Malaysia Cawangan Kuala Perlis dan Perpustakan Negara Malaysia Cawangan Perlis. UiTM Perlis merupakan hos kedua selepas pameran di UniMAP yang telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis pada 25 Oktober 2013.



Pameran peringkat ke dua di UiTM Perlis ianya dirasmikan oleh Rektor UiTM Perlis Prof Dato' Dr. Hj Ahmad Redzuan Hj Abd Rahman pada 7 November 2013. Pameran di Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan ini bermula dari 28 Oktober hingga 28 November 2013.







Comments

Popular Posts