Hari Mesra Aidil Fitri Merdeka Staf UiTM Perlis 2013





6 September 2013. Arau. UiTM Perlis.
Bermula dari pagi dan berterusan hingga petang Program Hari Mesra AidilFitri Kemerdekaan Staf UiTM Perlis di penuhi dengan suasana meriah dengan pelbagai acara. Bermula dengan acara memasak mengikut kumpulan untuk dijadikan salah satu menu jamuan makan tengahari maka 4 kumpulan staf mengikut warna Jalur Gemilang memulakan masakan secara bergotong royong menyediakan lauk berasaskan daging. Maka kenyanglah para staf dengan masakan gulai daging dan rebung, daging masak kurma, sup, ikan kering, sambal dan ulam.

Sambil itu setiap khemah kumpulan dihias indah. Semua kumpulan ada tema tersendiri. Sebelah petangnya diadakan sukaneka serta pertunjukan ular oleh staf Taman Ular Perlis dan juga pemeriksaan kesihatan oleh doktor dari Yayasan Sultanah Bahiyah dan National Kidney Foundation Malaysia. Suasana dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengacara radio terkenal Cik Fara Fauzana dan digandingkan dengan pengacara UiTM En Mohd Ismail Abdul Rahim. Usik mengusik oleh pengacara menjadikan suasana lebih riuh dan gamat. Mana nak main sukaneka mana nak bergambar dengan Fau Fau. Sistem pemarkahan pasukan biar pelajar dan staf Fakulti Sains Sukan dan Rekriasi yang buat, kami main aja. Kadang-kadang seperti yang Prof Rektor cakap sekali sekala biar jadi macam budak-budak sekolah hilang stress sekejap bila riuh rendah begini dekat padang.


Cabutan bertuah turut diadakan. Yang bertuah memang bertuah dan siapa sangka yang paling berani memang ada tuah hari tu. Ada bawa balik rantai, cincin, tiket kapal terbang, peti ais dan macam-macam lagi. Macam biasalah yang tukang bagi hadiah dapat hulur jaa lah.









Comments

Popular Posts