Majlis Perasmian Keunggulan Naskah Lama dan Artifak Menerusi Kegemilangan Melayu


Majlis Perasmian Keunggulan Naskah Lama dan Artifak Menerusi Kegemilangan Melayu ini dilaksanakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis pada 19 Mac 2013 di Perpustakaan Negara Malaysia, Negeri Perlis. 


Apa itu manuskrip Melayu?
Manuskrip Melayu ialah karya yang bertulis tangan dalam tulisan jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal kurun ke-16 sehingga awal kurun ke-20. Ilmu yang terakam dalam menuskrip Melayu merangkumi  pelbagai bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, kitab agama, perubatan, undang-undang, ketatanegaraan serta azimat dan petua.

Mengapa pemuliharaan manuskrip Melayu sangat penting?
Ianya suatu warisan dalam bentuk penulisan dari zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya yang pelbagai bidang ilmu mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini dan akan datang.

kesempatan majlis itu staf perpustakaan turut hadir melihat pameran dan  berkenalan dengan peserta dari agensi lain
Sumber Manuskrip Melayu:  Brosur PNM



Comments

Popular Posts