Bagaimana Memindahkan Buku Perpustakaan






PINDAH BUKU?

Bagaimana melakukan pemindahan buku dari perpustakaan lama ke perpustakaan baru atau dari satu bangunan ke bangunan lain? Ada beberapa kaedah yang dilakukan dan perkara ini tidak pernah diajar di mana-mana Fakulti Sains Perpustakaan.

Cara paling mudah ialah dapatkan 'mover' atau kontraktor yang mengangkut barang untuk perpindahan. Kalau nak berjimat buat gotong royong. Saya akan memperkatakan tentang bagaimana berpindah menggunakan 'mover'.

Dapatkan beberapa 'mover' untuk masuk dalam tender perpindahan ini. Tunjukkan mereka barang-barang yang akan dipindahkan supaya anggaran kos dapat dibuat secara betul. Tunjukkan juga bangunan baru dimana barang akan dipindahkan. Terangkan berapa tingkat bangunan tersebut dan juga samada lif disediakan atau tidak. Terangkan juga masa yang diperlukan untuk kerja pemindahan ini. Jangan lupa beritahu bila anda ingin membuka perpustakaan anda kepada umum.

Jangan lupa terangkan apakah proses yang akan berlaku bila kitakan berpindah. Perkataan seperti menggangkut, mengikat, membungkus, mengangkat, menyusun semula, membuka ikatan,dan membersih hendaklah dimasukkan dalam surat tawaran. Membungkus boleh menggunakan kotak atau membalut dengan plastik. Ambil tahu berapa pekerja yang mereka sediakan untuk perpindahan ini. Jangan lupa pastikan lori yang digunakan bertutup agar buku-buku anda tidak terkena hujan.

Pilihlah harga tawaran yang sesuai dengan keupayaan Jabatan anda. Walau bagaimanapun jangan lupa meletakkan masa untuk sesuatu kerja agar mereka tidak melengah-lengahkan kerja.

BAGAIMANA MEMINDAHKAN BUKU PERPUSTAKAAN

Pindah buku nampak senang tetapi pastikan ianya tidak menyusahkan anda kelak. Oleh kerana buku disusun mengikut no kelas, jika dilonggokkan saja dalam kotak ia akan berselerak apabila dikeluarkan dari kotak untuk disusun semula.Ini akan memeningkan staf anda.

Cara terbaik adalah dengan cara mengikat buku-buku ini dan masukkan ke dalam kotak. Lebih baik masukkan buku-buku ke dalam kotak dari dibawa begitu saja. Kalau dengan ikatan saja ia mungkin terlucut dan ini menambah kerja anda kelak. Dalam satu bay mungkin dua ikatan adalah memadai. Dua ikatan ini boleh dimasukkan dalam satu kotak. Setiap ikatan hendaklah ditandakan dengan nombor. Dan nombor ini hendaklah berturutan agar tidak ada yang bertindih.

Pada kotak pula hendaklah ditanda dengan nombor yang berturutan juga. Nombor ini tidaklah sama dengan nombor ikatan tadi. Tetapi ianya hendaklah berturutan. Pada kotak catitkan juga nombor kelas buku (secara ringkas)yang ada dalamnya. Catitkan lokasi bahan hendak dipindahkan seperti Bahagian Majalah Tingkat 2 Kanan.

Semasa kerja dibuat staf perpustakaan hendaklah mengawasi tugas ini agar ianya sentiasa betul.

Apa bila kotak dibuka ikatan buku hendaklah disusun terus atas bay yang telahpun ditanda sebelum ini. Susunan akan lebh mudah kerana ianya telah ditanda dengan nombor turutan. Guna pisau atau gunting untuk memutuskan ikatan tadi.

Susunan tadi bolehlah dibuat anjakan yang sesuai agar jarak antara buku dalam sesuatu bay mempunyi ruang yang besar untuk pertambahan buku pada masa-masa hadapan.

Comments

Popular Posts