Bagaimanakah meningkatkan kepercayaan orang terhadap anda? ... Sambungan fokus kedua
Saya sambung lagi tentang bagaimana meningkatkan kepercayaan
orang seperti ketua dan orang lain terhadap anda yang bekerja dalam suatu
organisasi samada kecil atau besar. Yang pertama saya telah nyatakan beri fokus kepada mengurus emosi. Kali ini saya cadangkan anda memberi fokus kepada perkara
berikut pula iaitu:
2. Mengurus masa anda.
Mudahkan tajuk ini. Sekadar hendak mengurus masa memang
mudah disebut. Tetapi kita yang berada dalam kumpulan yang ditengah-tengah ini
lain sikit rasanya kerana kita selalunya akan diberi tugas dengan “dead line” dari orang atasan. Orang di bawah
kita bekerja dalam masa antara punch in dan punch out, tapi kita yang menjadi penyelia atau ketua di
tengah-tengah ini perlu bekerja melebihi masa. Pakar psikiatri ada mengatakan
bahawa “jika kita hanya menghargai tentang diri kita maka kita tidak akan menghargai masa kita dan jika kita menghargai masa
kita maka kita tidak perlu melakukan apa-apa kepadanya”.
Kata mereka lagi jika anda berkata lagi lima tahun lagi anda
inginkan sebuah rumah idaman anda. Maka anda mengambil masa satu per duabelas
dari hidup anda berdasar jika umur maksimum setakat 60 tahun, baru anda akan
dapat rumah tersebut. Berapa lama kena bayar pinjaman rumah baru ianya menjadi milik
kita? Lamakan! Mereka melihat masa dari segi lamanya diambil untuk mendapatkan sesuatu. Jika
kita membeli atau dapat sesuatu cuba jangan nilaikan dengan wang tetapi cuba
lihat dengan masa. Contohnya berapa lama masa anda ambil untuk naik pangkat? 5
tahun? 10 tahun? 15 tahun? Bukan berapa anda dapat bila naik pangkat! Berapa
lama anda kena bayar untuk dapatkan sebuah smart
tab? 12 bulan? Dengan bayaran ansuran! Begitulah mereka menilai masa.
Cuba uruskan masa kita dengan baik kerana masa adalah nilai
yang boleh ditukar kepada wang. Kalau gaji kita RM1800 sebulan, 23 hari bekerja
dalam sebulan maka sehari gaji kita dibayar sebanyak RM78.26. Sehari kerja
lapan jam menjadikan sejam RM9.78 dan setiap minit kita dibayar RM0.16. Lagi
besar gaji kita lagi mahal masa seminitnya! Maka jika kita keluar untuk merokok
waktu kerjapun majikan tetap membayar gaji kita! Nanti adalah orang kata “banyak
cantik!”. Bayangkan jika kita datang kerja punch
in dan kemudian MIA, pun majikan
bayar! Waduh ini bukan cantik lagi, ini bikin pening! Kalau kerja dengan
kerajaan, duit rakyat tuu yang bayar gaji kakitangan. Mana rakyat tidak complain jika kakitangan kerajaan tidak
buat kerja bersungguh-sungguh.
Mari kita lihat masa yang kita ada, yang lepas dan akan datang,
boleh kita nilaikan tidak?
“Demi masa, sesungguhnya
manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
kebaikan serta saling berpesan(menasihati) untuk kebenaran dan saling
menasihati dengan kesabaran.” [Al-Asr
(103):1-3]
Berapa umur anda sekarang?
Berapa umur anda sekarang?
Comments