Transformasi Profesion Kepustakawanan di dalam Era Digital
TEKS
UCAPTAMA
DATO’
RASLIN BIN ABU BAKAR
KETUA
PENGARAH
PERPUSTAKAAN
NEGARA MALAYSIA
SEMPENA
SEMINAR KEBANGSAAN SUMBER ELEKTRONIK DI MALAYSIA 2012 : “MEMPERKAYA AKSES
KEPADA
SUMBER
ELEKTRONIK”
PADA
5
DISEMBER 2012, JAM 9.00 – 10.00 PAGI,
DI
BAYVIEW BEACH RESORT, PULAU PINANG
TAJUK
: “TRANSFORMASI PROFESION KEPUSTAKAWANAN
DI DALAM ERA DIGITAL”
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan
Salam Satu Malaysia
Saudara/i Pengacara
Majlis
Brigedier Jeneral
Dato’ Professor Dr.Kamarudin Hussin
Naib Canselor,
Universiti Malaysia Perlis
Pn.
Mazmin Mat Akhir
Pustakawan Kanan
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UNIMAP
Tetamu-tetamu
Kehormat;
Tetamu-tetamu
jemputan khas;
Para pembentang
kertas kerja seminar;
Ahli-ahli Malaysian
Online E-Resources Consortium (MOLEC);
Para
Pustakawan, Tuan-tuan dan puan-puan, para peserta seminar yang saya hormati
sekalian.
MUKADIMAH
Hadirin Sekalian,
1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana dengan Kudrat, dan Inayah-Nya, kita semua dapat hadir berkumpul
bersama-sama di majlis ilmu, iaitu Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di
Malaysia 2012. Di kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, iaitu
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
atas inisiatifnya menganjurkan seminar
ini, dengan kerjasama Malaysian Online
e-Resources Consortium (MOLEC)
yang bertemakan “Memperkaya Akses Kepada Sumber Elektronik” .
2. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengnjur, Perpustakaan yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan
ucaptama berkaitan “Transformasi Profesyen Kepustakawanan di dalam Era Digital.
To the international presenters, I would also like to take this opportunity
to extend a very warm welcome to Malaysia, “SELAMAT DATANG.” I wish you a pleasant stay in Malaysia and please
take the opportunity to visit our beautiful country. Saya juga ingin
mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan, para Pustakawan dan para peserta ke seminar ini.
PERUBAHAN MEGA : REVOLUSI DIGITAL
Sidang hadirin yang
dihormati sekalian,
3.
Ledakan maklumat bermula sekitar tahun 60-an lagi dan susulan
daripada itu, kita dapat menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan pesat
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), bermula seawal dekad 80-an lagi. Tidak
dapat dinafikan, kemunculan ICT telah banyak merubah cara hidup manusia
termasuk kita yang digelar sebagai “Pustakawan”. Kepesatan ICT di Malaysia serta dengan
munculnya Internet sekitar awal 90-an telah membuatkan dunia yang kita duduki ini umpama semakin
mengecil di mana komunikasi, interaksi dan perhubungan tidak lagi ada
batasannya.
Kini, pada abad ke-21, kita sekali lagi berganjak ke era digital.
Sudah pasti, profesyen kepustakawanan juga mengalami perubahan yang begitu
ketara. Kita tidak dapat lari dari revolusi digital yeng menyaksikan perubahan
berskala mega. Ini lah yang kita sebutkan sebagai “Big Change Revolution”. Keperluan
pengguna berubah dan Perpustakaan perlu berubah. Yang paling utama, Pustakawan perlu berubah. “It’s
not about technology, it is all about people”. It is all about us “A
Librarian”.
KE
ARAH DIGITAL MALAYSIA – FENOMENA MODEN
Hadirin yang saya muliakan,
4. Sekarang kita berada di era digital, dunia tanpa
sempadan dan profesyen kepustakawanan kita, pada hakikatnya kini mengalami
pelbagai perubahan yang begitu ketara dan semakin mencabar. Fenomena moden
seperti ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy),
globalisasi, liberalisasi, urbanisasi, ledakan teknologi serta revolusi digital
menyaksikan perubahan berskala mega terus melanda persekitaran di sekeliling
kita yang mungkin tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Sesungguhnya fenomena perubahan ini menuntut institusi
perpustakaan untuk segera melakukan perubahan secara holistik. Berikutan dengan
ini, profesyen kepustakawanan dan peranan Pustakawan kini dilihat semakin mencabar.
KE
ARAH DIGITAL MALAYSIA – KNOWLEDGE BASED SOCIETY
5. Tidak dapat kita nafikan bahawa perpustakaan
mempunyai peranan dan memberi sumbangan yang penting di dalam mewujudkan
masyarakat berilmu (knowledge based
society), berbudaya membaca dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning). Secara asasnya, masyarakat
berilmu adalah faktor penentu kepada hasrat kerajaan untuk mentransformasikan
Malaysia kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Justeru
peranan yang dimainkan oleh Perpustakaan adalah penting dan pustakawan tidak
terkecuali daripada melakukan transformasi sejajar dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Negara yang telah dilancarkan baru-baru ini. Sebagai agensi pelaksana yang mencernakan
perkhidmatan kepada para pelajar sekolah dan mahasiswa, Pusat Sumber Sekolah
dan Perpustakaan Gunasama di bahawa Kementerian Pengajian Tinggi perlu menilai
semula peranan yang dimainkan bagi memastikan evolusi perkhidmatan yang
disediakan dapat dioptimakan.
KE
ARAH DIGITAL MALAYSIA – KOMITMEN KERAJAAN
6. Diperingkat
nasional, komitmen Kerajaan bagi memenuhi jangkaan rakyat untuk melihat
transformasi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi lebih besar kepada
Negara tidak terhenti dengan Inisaitif Jalur Lebar Nasional (NBI) yang telah
dilancarkan pada tahun 2010. Jika sebelum ini, melalui Inisiatif Jalur Lebar
Negara kita telah didedahkan dengan Program
seperti Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS), Kampung WIFI dan
pengagihan Komputer Riba 1Malaysia, kini Kerajaan mengorak langkah dengan memperkenalkan
Program Nasional yang dikenali sebagai Digital Malaysia. Secara amnya, tiga (3)
matlamat utama Digital Malaysia adalah untuk meningkatkan sumbangan ekonomi negara
dalam bidang digital, meningkatkan produktiviti sektor ekonomi negara dan
khusus juga bagi meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Mungkin kita
tertanya-tanya, apakah sumbangan utama kita sebagai pustakawan ke arah menjayakan
Digital Malaysia. Sudah pasti menyentuh
kepada inisiatif digital di mana peranan
kita adalah untuk menyediakan capaian kepada kandungan digital (born
digital/digitized), menyediakan capaian dalam talian (24 x 7) serta
melengkapkan infrastruktur perpustakaan bagi tujuan capaian secara menyeluruh.
ASAS TRANSFORMASI
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Tuan-tuan dan puan-puan.
7. Berbalik kepada perkhidmatan perpustakaan
masa kini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa peranan perpustakaan telah
berubah daripada menyediakan perkhidmatan secara tradisional kepada
perkhidmatan secara maya. Persoalannya, yang pertama, bagaimanakah kita
Pustakawan dapat memastikan perkhidmatan perpustakaan adalah lebih baik
daripada yang kita sediakan pada hari ini dan yang kedua, jika ada yang
menganggap kita kurang relevan, apakah jalan terbaik untuk kita menggerakkan
peranan perpustakaan secara holistik agar kembali kukuh serta berada pada tahap
yang mampan. Secara asasnya, setiap perpustakaan tidak dapat lari dari
kriteria-kriteria berikut:
(i)
Pertama,
mempunyai koleksi bahan rujukan terkini yang mampu memenuhi keperluan maklumat
pengguna sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik;
(ii)
Kedua,
menyediakan perkhidmatan maklumat yang terkini selari dengan trend terkini
pencarian maklumat oleh pengguna;
(iii) Ketiga,
menyediakan kakitangan perpustakaan yang kompeten dalam pengurusan maklumat
media baru dan berkebolehan membantu dan membimbing pengguna menginterpretasi
dan mencapai sumber maklumat yang diperlukan;
(iv) Keempat, menyediakan ruang kemudahan dan fasiliti yang
lengkap dan kondusif yang mampu menjadi tarikan kepada seluruh anggota
masyarakat seterusnya menggalakkan minat membaca dan budaya ilmu serta
inovasi;dan
(v) Akhir
sekali menjalankan program literasi maklumat atau ”hands on training” yang dapat memberikan
impak yang positif kepada pengguna dengan kos yang efektif. Kita harus sentiasa
berfikir diluar kotak bagaimana cara untuk kita menjual atau mempromosi kandugan digital yang kita ada.
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SECARA HOLISTIK
8. Adalah amat
penting untuk kita membuat analisis terhadap perkhidmatan dan sumber elektronik
yang disediakan oleh perpustakaan. Janganlah
kita memandang kepada kuantiti kandungan digital yang kita sediakan tetapi
berapa ramai pengguna yang melayari dan menggunakan bahan yang kita sediakan. Kejayaan
profesyen kepustakawanan di Malaysia bukan bergantung kepada hanya 1,2 atau 3
perpustakaan di Malaysia. Pembangunan profesyen kita menuntut satu falsafah
atau perjuangan induk yang merentas
12,358 perpustakaan di Malaysia. Saya menyeru semua perpustakaan untuk
meningkatkan hunbungan kerjasama dan kolaborasi serta menukar
business model sedia ada dengan
berorientasikan holistic people approach
untuk menarik minat masyarakat menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
CABARAN
ERA DIGITAL : DI MANA KITA SEKARANG DAN SEJAUH MANA PERANCANGAN KITA
9. Seringkali juga
banyak pihak mengajukan soalan “Adakah perpustakaan masih diperlukan dengan
adanya Google? ATAU Adakah profesion pustakawan masih releven dalam era born digital ? Sudah pasti, jawapan saya
sebagai Ketua Perkhidmatan Perpustakaan ialah “Pustakawan adalah satu profesion
yang unik dan sentiasa berkembang.
Perpustakaan dan Pustakawan akan
semakin releven dalam dunia ekonomi
berteraskan ilmu pengetahuan”.
Rasionalnya adalah kerana Pustakawan adalah Pengurus Maklumat yang
mempunyai kemahiran mengorganisasi maklumat, menilai maklumat dan menyebar
maklumat secara efektif kepada
pengguna. Justeru, untuk mencapai
Wawasan 2020, Malaysia memerlukan pengurus ilmu iaitu pustakawan yang kompeten
untuk mendidik masyarakat mencipta, berkongsi dan menggunakan maklumat. Di samping itu, pustakawan juga perlu
sentiasa meneroka, menggali, mengadun dan memperdagangkan ilmu sebagai satu
komoditi.
CABARAN
ERA DIGITAL : MENILAI SEMULA PENCAPAIAN
DAN MENGADAPTASI PERUBAHAN
10. Kita selaku Pustakawan
perlu menilai semula peranan kita iaitu daripada menjadi penjaga sumber
maklumat kepada pengurus maklumat yang berilmu dan cekap dalam penyampaian
maklumat secara berkesan selari dengan trend masa kini. Dalam hal ini, kita perlu meneroka dan
memanfaatkan teknologi terkini dan sesuai untuk menyampaikan perkhidmatan yang
kreatif dan inovatif. Di samping itu,
pustakawan perlu senantiasa peka kepada setiap pembaharuan, perubahan, atau pemikiran
baru dalam bidang kepakaran khusus dan umum yang mana akan membolehkan mereka
menyampaikan perkhidmatan dengan lebih kompetitif.
11. F.W. Lancaster pernah berkata bahawa peranan
Pustakawan di masa depan akan lebih mencabar dan perlu mengadaptasi perubahan
yang berlaku di persekitaran. Bagi beliau, Pustakawan seharusnya memainkan
peranan penting sebagai perunding atau
konsultan maklumat yang mana mereka seharusnya memikirkan jawapan-jawapan
kepada persoalan-persoalan kritikal berikut. Pertamanya, adakah permintaan
kepada maklumat semakin meningkat? Keduanya, adakah masyarakat masih memerlukan
bantuan professional di dalam menyelesai dan memenuhi keperluan maklumat
mereka? Dan yang ketiga, adakah profesyen kepustakawanan dapat disesuaikan
mengikut dalam persekitaran yang sentiasa berubah dan bagaimana ia
bertindakbalas terhadap cabaran-cabaran yang mendatang.
CABARAN
ERA DIGITAL: DASAR DAN GARIS PANDUAN
12. Perubahan
dasar semasa Kerajaan juga menuntut pustakawan masa kini supaya mara kehadapan
dalam menghadapi cabaran yang dihadapi Negara pada masa kini untuk memastikan
kita dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mentransformasi Malaysia
kepada masyarakat kreatif, inovatif dan berilmu. Pustakawan perlu lebih berani
untuk melaksana transformasi dalam perkhidmatan perpustakaan melalui
penjenamaan semula. Bagi merialisasikannya, dasar dasar perkhidmatan
perpustakaan yang sedia ada perlu dikaji semula dengan mengambilkira kandungan
digital dan trend perkhidmatan perpustakaan masa kini. PNM sendiri pada tahun
2010 telah menggubal Dasar Pendigitalan Koleksi Perpustakaan serta Garis
Panduan Pendigitalan Koleksi Perpustakaan selaras dengan usaha untuk memastikan
kandungan digital perpustakaan dapat diakses dengan mudah dan cepat serta
dipelihara sebagai koleksi warisan Negara.
Di sini, saya menyeru semua perpustakaan di Malaysia agar
mengambil perhatian dengan penggubalan dasar ini kerana peranan tuan-tuan dan
puan-puan dalam melaksanakan aktiviti pendigitalan secara terancang merupakan penentu ke arah kejayaan Digital
Malaysia yang menjadi hasrat kerajaan. Ke arah menggandakan peranan semua
perpustakaan di Malaysia, PNM juga akan
bekerjasama dengan semua perpustakaan dan agensi berkaitan bagi
menyediakan Dasar Maklumat Negara.
ERA
DIGITAL : KERELEVANAN PERPUSTAKAAN
Sidang hadirin yang
dihormati sekalian,
13. Saya percaya bahawa lain-lain perpustakaan di
negara ini juga mempunyai inisiatif dan daya usaha di peringkat masing-masing
untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan secara digital amnya dan
menyediakan kemudahan akses kepada sumber-sumber ilmu dan maklumat digital
khasnya. Saya secara peribadi berasa bangga dan mengucapkan tahniah di atas
kejayaan dan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh konsortium
perpustakaan-perpustakaan akademik di Malaysia, menerusi PERPUN dan MOLEC yang
saya kira, telah dapat membangunkan rangkaian perkhidmatan perpustakaan digital
secara usahasama. Menerusi pendekatan usahasama ini, perkongsian akses kepada
sumber elektronik di kalangan perpustakaan terlibat dapat digalak dan
direalisasikan.
Saya
berharap inisiatif ini dapat diteruskan dan perkhidmatannya dimantapkan lagi
pada masa-masa yang akan datang.
SISTEM RANGKAIAN PERPUSTAKAAN DIGITAL NASIONAL (PERDANA)
14. Sistem Rangkaian Perpustakaan Digital
Nasional atau lebih dikenali sebagai PERDANA yang telah kita mulakan sejak
tahun 2000, perlu kita realisasikan bersama. Di dalam merealisasikannya, setiap
perpustakaan di negara ini, khususnya
perpustakaan awam, perpustakaan akademik, perpustakaan Khusus/Gunasama mempunyai
peranan penting masing-masing. Kerjasama dan perkongsian sumber-sumber
elektronik di kalangan perpustakaan adalah begitu digalakkan.
INISIATIF
DIGITAL PNM
15. Di
Perpustakaan Negara Malaysia sendiri, kami sedang dan akan terus mempergiatkan
lagi usaha pendigitalan dan memperkayakan lagi kandungan digital
tempatan. Portal sumber elektronik PNM yang kini boleh diakses di www.pnmdigital.gov.my
telah dapat dibangunkan pada tahun ini di mana ia menyediakan akses kepada
pelbagai sumber elektronik dan perkhidmatan pangkalan data seperti Encyclopedia
Brittanica Online, Credo Reference, akses kepada e-majalah Zinio, perkhidmatan
peminjaman e-buku secara dalam talian menerusi Overdrive dan sebagainya. Repositori digital bagi PNM menggunakan
Dspace juga telah dapat kami bangunkan pada tahun ini di mana ianya menghimpun
dan kelak akan menyediakan akses kepada koleksi-koleksi unik PNM yang telah
didigitalkan. PNM juga tidak ketinggalan
telah membangunkan pelbagai kandungan digital dalam bentuk portal/laman web,
demi memperkayakan sumber ilmu digital tempatan.
PUSTAKA
1MALAYSIA
16. Inisiatif Pustaka 1Malaysia atau u-Pustaka juga telah
diperkenalkan sebagai usaha dan inovasi terbaru, di bawah Pelan Induk Jalur
Lebar Negara di mana inisiatif ini, memberikan perkhidmatan perpustakaan kepada
rakyat, dengan memanafatkan teknologi jalur lebar negara. Projek ini merupakan
sinergi kolaborasi daripada KPKK menerusi SKMM dngan sokongan penglibatan 8
konsortium perpustakaan seperti PNM, Perpustakaan INTAN, Pustaka Negeri
Sarawak, Perpustakaan Negeri Sabah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang, Perbadanan Perpustakaan
Awam Negeri Sembilan dan Perpustakaan Kuala Lumpur. Selain menyediakan
perkhidmatan peminjaman buku secara dalam talian serta khidmat penghantaran
buku ke rumah menerusi Poslaju, u-Pustaka turut menyediakan akses kepada sumber
ilmu dan maklumat digital. Menyedari kepentingan literasi maklumat dalam , PNM
dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia juga telah menyiapkan satu Modul Literasi Maklumat dan Media dengan
mengambilkira perkembangan kandungan digital masa kini.
KONSORTIUM PANGKALAN DATA
(SECARA BERSEPADU)
17. Dalam konteks menyediakan perkhidmatan
perpustakaan secara digital, adalah penting bagi setiap perpustakaan di negara
ini mengambil segala daya dan inisiatif untuk membangun dan menyediakan
perkhidmatan perpustakaan secara digital di peringkat masing-masing. Ia
hendaklah dilaksanakan secara terancang, sistematik dan bersepadu dengan
mengambilkira keperluan pengguna, kemampuan serta perkembangan teknologi semasa.
Pemilihan perkakasan, perisian,
teknologi dan sistem perpustakaan digital yang bersesuaian hendaklah senantiasa
diambilkira. Kerjasama di dalam membangunkan sesuatu inisiatif atau projek
rangkaian perkhidmatan perpustakaan digital, di kalangan perpustakaan adalah
amat digalakkan.
Saya
tertarik dengan ungkapan Dr. Vinod Chachra, President & CEO VTLS iaitu
“Generally, good things do not happen by accident. Develop a plan and strategy
to address the issues- One cannot do everything; Pick and choose what is
appropriate for your library.”
PENGORGANISASIAN KANDUNGAN DIGITAL
18. Justeru,
saya sekali lagi menyeru semua
pustakawan agar bekolaborasi demi memastikan kemajuan pembangunan dan relevansi
perpustakaan di Malaysia dapat mendapat menjadi keyataan dan direalisasikan
secara berskala besar serta mampu memberi “high Impact” kepada semua lapisan
masyarakat.
Sama-samalah
kita pastikan koleksi-koleksi digital yang dibangunkan menerusi aktiviti
pendigitalan diorganisasi dengan sebaik mungkin dan disediakan aksesnya oleh
perpustakaan untuk manfaat para penggunanya.
Begitu juga dengan perkhidmatan pangkalan data yang dilanggan oleh
perpustakaan, ia juga seharusnya sesuai dengan keperluan pengguna dan dapat
disediakan kemudahan mengaksesnya menerusi laman sesawang perpustakaan. Segala koleksi
serta perkhidmatan perpustakaan yang telah disediakan secara digital
wajar diperkenal dan dipromosikan kepada kumpulan sasaran agar mereka dapat
mengguna dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Selain
dari itu, lain-lain perkhidmatan perpustakaan yang disediakan secara dalam
talian hendaklah bersifat mesra pelanggan serta mudah untuk digunakan.
Apa
yang penting sekali, kita pustakawan atau secara amnya rakyat 1Malaysia di alaf
born digital, perlu memegang
slogan ”live and let live” berdasarkan konsep kolektif ”together
we do it” dan keperkasaan (greatness) sesebuah negara
adalah tanggungjawab kita bersama (collective
responsibilities).
CABARAN
PERPUSTAKAAN: PENGGUNA ERA DIGITAL
Tuan-tuan dan puan-puan,
19. Selera pengguna kita, terutamanya dari
kalangan generasi muda kini, ternyata telah berubah. Jika dahulu, kita menunggu pelanggan datang
ke premis perpustakaan untuk mengguna atau meminjam koleksi-koleksi
perpustakaan yang ada, tetapi sekarang, tidak lagi. Mereka lebih selesa
menggunakan mobile phone, ipad, MP3,
laptop dan lain lain gadjet serta media
sosial seperti facebook, twitter, blog dalam mendapatkan maklumat dan
berinteraksi. Keperluan maklumat mereka lebih kompleks. Golongan ini begitu
responsif dan mahukan perkhidmatan perpustakaan yang lebih cekap, mesra dan
berkualiti. “Its’ all about “Zero
Tolerance for Delays” All they want is Instant Results” .
20. Kita melihat bahawa cabaran besar
perkhidmatan perpustakaan pada hari ini ialah perubahan persekitaran yang dinamik
serta ekspektasi pelanggan dan juga stakeholders
yang semakin tinggi. Kini, dengan kewujudan perpustakaan digital, sumber maklumat
yang dimiliki oleh perpustakaan dalam pelbagai format, dapat disatukan, direkod,
dilayari dan dicari di dalam internet.
Malahan,
bagi memenuhi tend pengguna perpustakaan masa kini, perpustakaan digital juga perlu
menyediakan koleksi multimedia yang jauh lebih fleksibel dan padu di mana boleh
dilayari dan dicari dalam pelbagai dimensi dan membolehkan penglibatan aktif pengguna.
Senario ketika ini, kita dapat melihat bahawa kebanyakan perpustakaan di negara
kita kini sedang giat berusaha mentransformasikan perkhidmatan mereka secara
digital. Begitu juga dengan usaha-usaha pendigitalan koleksi serta penyediaan
akses kepada sumber ilmu dan maklumat secara digital, kini sedang dan akan terus dilaksanakan oleh
kebanyakan perpustakaan di negara ini. Saya menyambut baik usaha ini berharap
inisiatif ini dapat diteruskan demi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan
kita.
KE ARAH TRANSFORMASI PUSTAKAWAN ERA
DIGITAL: KURIKULUM PENGAJIAN SAINS PENGURUSAN MAKLUMAT
Sidang hadirin sekalian,
21. Melihat dari segi pendidikan dalam bidang
kepustakawanan, saya bangga melihat peningkatan IPT yang menawarkan pengajian
dalam bidang kepustakawanan dan maklumat. Sehingga kini, kursus ini telah
ditawarkan di 5 buah IPTA iaitu UiTM, UM, UIAM, UNISEL dan USIM. Ini
membuktikan bahawa kursus dalam bidang kepustakawanan dan maklumat semakin
berkembang dan mendapat pengiktirafan dan menjadi pilihan di kalangan pelajar
lepasan sekolah. Perkembangan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
jumlah perjawatan untuk diisi oleh bakal graduan dalam profesion kepustakawanan
pada masa akan datang apabila tamat pengajian nanti. Walau bagaimanapun
pada masa yang sama, saya juga berharap, agar kurikulum
pendidikan sains kepustakawanan yang ditawarkan di institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan dapat dikaji, disusun semula dan sekiranya perlu,
ditambahbaik serta dimantapkan lagi dari segi pengisiannya agar seiring dengan
kehendak semasa. Saya percaya, pihak sekolah-sekolah sains kepustakawanan di
Negara kita akan dapat merancang modul-modul pembelajaran yang bersesuaian dan
relevan dengan persekitaran perpustakaan digital, dan seterusnya dapat menjana bakal-bakal
Pustakawan professional yang berkemahiran tinggi, khususnya dari segi ICT.
22. Sebagai mana yang pernah dinyatakan oleh
Michael Koenig, dalam artikel penulisan beliau “Education for Special Librarianship”, antara lainnya bermaksud
bahawa “pendidikan dalam bidang kepustakawanan, mulai abad ke 21, seharusnya
berupaya untuk menyediakan bakal-bakal graduan yang bukan sahaja dapat memenuhi
keperluan pasaran kerja bahkan juga dapat melahirkan bakal-bakal Pustakawan yang
bijak dalam memanafaatkan perkembangan teknologi semasa yang membentuk
perkembangan kerjaya kepustakawanan mereka di masa depan. Kompetensi
professional pelajar-pelajar dalam bidang sains perpustakaan harus dibina di
mana segala pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan perlu ditanamkan
dalam setiap diri mereka.
KE ARAH TRANSFORMASI PUSTAKAWAN ERA
DIGITAL: MODAL INSAN BERKUALITI
23. Bagi membentuk modal insan berkualiti,
adalah penting bagi perpustakaan untuk terus menyediakan latihan yang
diperlukan oleh kakitangannya. Pustakawan yang berilmu dan berkemahiran tinggi
khususnya di dalam bidang ICT, pendigitalan koleksi dan teknologi Internet
sememangnya diperlukan di era digital ini.
Kompetensi
warga perpustakaan hendaklah senantiasa dibangunkan, khususnya yang berkaitan
pengorganisasian dan pendokumentasian sumber digital, pengekstrakan metadata,
carian dan dapatan semula maklumat, pengurusan repositori digital dan yang
berkaitan dengannya. Pustakawan Professional haruslah bijak di dalam
mengeksploitasi dan memanafaatkan teknologi-teknologi terkini dan memikirkan
idea-idea baru tentang bagaimana untuk menyampaikan perkhidmatan perpustakaan
digital secara lebih berkesan.
24. Kepada semua Pustakawan yang sedang menempuh
alam pekerjaan pula, saya berharap agar anda belajar dan terus belajar untuk
memperolehi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru supaya kita tidak
ketinggalan di dalam arus perkembangan teknologi semasa. Tingkatkanlah
pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan dalam perkara berkaitan, khususnya menerusi
pembacaan dan hadirilah bengkel-bengkel, kursus atau majlis-majlis ilmu agar
anda sekalian dapat manafaat daripadanya. Saya pasti kita semua juga sedar bahawa kita, pustakawan berada dalam
setiap golongan masyarakat, daripada peringkat tadika kepada universiti,
daripada golongan kurang berkemampuan kepada di tengah-tengah golongan bijak
pandai korporat. Sebagai pustakawan masa akan datang, tuan/tuan dan puan/puan
juga perlu berupaya mengimbangi etika professional dan pembelajaran dengan
persekitaran sosial di mana kita bekerja.
KE ARAH TRANSFORMASI PUSTAKAWAN ERA
DIGITAL: KRITERIA YANG DIPERLUKAN
Untuk
bergelar Pustakawan era digital, kita perlu mempunyai kriteria-kriteria seperti
berikut;
i. Mengusai ICT di dalam bidang kepustakawanan
ii. Pakar dalam membina pangkalan data dan
mengangani isu berkaitan hak cipta dan harta intelek
iii. Penggerak Kempen Membaca dan Pelan strategik
Perpustakaan Digital
iv. Menghasilkan produk kreatif dan menguasai
perkhidmatan perpustakaan digital (50% koleksi dalam bentuk digital)
v. Pakatan strategik dengan pakar ICT, penerbit,
penulis, ahli akademik dan NGO.
vi. Menggandakan usaha dan melonjakkan
perkhidmatan dari hanya sebagai Pusat Penyimpanan Koleksi Digital kepada Pusat
Pengaksesan Maklumat Negara.
vii. Mencipta idea kreatif dan inovatif dalam
memasarkan dan mempromosikan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan dengan
meggunakan media social.
viii. Perlu menyesuaikan diri dan bersedia dalam
konteks pengurusan perpustakaan berteraskan “Cybermanagement”
HARAPAN
& PENUTUP
Hadirin sekalian,
25. Adalah menjadi harapan saya agar seminar ini
dapat memberi faedah dan manafaat kepada para peserta sekalian. Saya percaya,
menerusi pembentangan kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan oleh para
pembentang kertas kerja selepas ini, tuan-tuan dan puan-puan akan dapat
memperolehi pengetahuan dan mempelajari pengalaman mereka, di dalam
membangunkan sumber elektronik khasnya dan perpustakaan digital amnya.
26. Akhir kata, sekali lagi saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur
dan ucapan syabas dan tahniah kerana berjaya menganjurkan seminar ini.
Selamat berseminar.
Sekian, Wabillahi
Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
RUJUKAN
Kuny, Terry & Gary Cleveland. `The
Digital Library: Myths and Challenges’. Accessible from http://ifla.queenslibrary.org/iv/ifla62/62-kuny.pdf
Nimai Chand Saha & Mrinal Kanti Das.
`Human Resource Aspect in Digital Library Era’. Paper presented in the 4th
Convention Planner, held at Mizoram
University, Aizawl, Ahmedabad, 9-10 November 2006. Accessible from http://ir.inflibnet.ac.in/dxml/bitstream/handle/1944/1221/210-221.pdf?sequence=1
Shahar Banun Jaafar. `Professionalism and
Librarianship in the Digital Age’. Paper presented at the Sesi Pembangunan
Profesionalisme Pustakawan, PNM on the 6th April 2009.
(unpublished). Accessible from http://knowledgebank.pnm.my/
Smalls, Mary L. `The Library Profession In
The 21st Century: Transformation
for Survival’. Paper presented at the Georgia Library Association 1985 Biennial
Conference, held at Augusta, GA on October 25, 1985. Accessible from
EBSCOHost, http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED267818.pdf
Smith,
Gregory A.`Retooling the Profession: Librarianship in an
Era of Accountability and
Competition’. Faculty Publications
and Presentations. Paper 47.
Accessible at
Teks ucapan ikhsan Jawatankuasa Seminar.
Comments