Adakah aku Pekerja Cemerlang tahun ini?
Setiap hujung tahun penilaian staf akan dibuat oleh ketua
atau penyelia untuk memberi markah kecemerlangan staf mereka. Masing-masing
mengharapkan merekalah yang akan dinobatkan sebagai pekerja cemerlang. Bila menerima
gelaran tersebut ianya akan disusuli dengan ganjaran yang dimasukkan dalam akaun
bank masing-masing. Walaupun sedikit RM yang diterima ianya tetap berbaloi.
Semua staf sudah pasti mengetahui bagaimana ketua menilai
diri mereka. Kerana kriteria penilaian sudah diberikan awal-awal oleh bahagian
pentadbiran. Hinggakan penilaian kendiri juga menjadi sebahagian dari rujukan penilaian keseluruhan tersebut. Jadi adakah anda Pekerja Cemerlang tahun
ini? Jawapannya "Ya". Saya lah pekerja cemerlang tahun ini, tidak kira markah tinggi ataupun rendah. Cemerlang walaupun
tanpa ganjaran? Jawapannya "Ya" ...walaupun tanpa ganjaran! Kerana ganjaran dari Allah
melebihi apa yang saya terima sekarang ini. Hebatkan! kalau anda boleh jawab begitu. Sebenarnya ramai yang menerima dengan hati yang terbuka hakikat bahawa rezeki itu dari Allah. Barakahnya juga dari Dia. Jika kita bekerja dengan ikhlas dan tidak membazirkan masa kita dengan benda yang tidak menguntungkan majikan sudah tentu ganjaran yang kita terima setiap bulan itu elok dan cukup sahaja kegunaannya.
Comments