Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Kampus UiTM Perlis pada 20 September 2012 sibuk dengan Pilihanraya Pelajar. Staf perpustakaan turut terlibat dalam mengurus dan mengendalikan pilihanraya kali ini. Universiti mendidik pelajar kita memahami erti demokrasi melalui peti undi. Masa ini mereka menjadi pemimpin dan berbakti kepada warga kampus. Kita berharap semoga mereka juga akan menjadi pemimpin masa depan yang memberi kebahagian kepada rakyat Malaysia nanti.
Comments