Pulau Panjang - ke enam - lorong
Masih di Pulau Panjang, Thailand. Berjalan di lorong rumah-rumah yang rapat. Melihat suasana kampung yang sangat menarik kerana kebanyakkan penduduk adalah nelayan.
Antara rumah-rumah di pulau ini ada yang bertiang. Lihatlah penggunaan endoi jaring untuk beristirehat di bawah kolong atau bawah rumah oleh penghuninya. 2015. |
Jika ada pokok yang rendang terutama di tepi jalan pasti digunakan sepenuhnya. Semasa lawatan ini musim panas. Terasa nyaman berada di bawah pokok jambu air ini. 2015 |
Tong-tong besar ditepi laluan ini adalah untuk mengisi air tawar ataupun air hujan. 2015 |
Comments