Roti Capati Sup dan Shawarma!

Mencari makanan di Tanah Suci bukanlah suatu masalah. Ada pelbagai jenis makanan di sana, samada kita hendak cita rasa Arab maupun Pakistan ianya ada dijual di gerai dan juga restoran. Terdapat gerai Malaysia, Indonesia dan lain-lain negara di kompleks membeli-belah. Lauk kambing. lembu mahupun ayam semuanya sedap-sedap. Pilih sajalah apa yang anda teringin hendak makan.
Di hotel, buah kurma diletak di depan lobby. Siapa saja boleh ambil dan makan. Air panas berempah turut disediakan. Memang lain rasanya dan bukan kebiasaan kita di Malaysia ini.


Comments