Di Celah-celah Hotel

Di celah-celah bangunan hotel berhadapan dengan Masjid Nabawi di Madinah ini para peniaga membentangkan hamparan dan melonggokan barangan untuk dijual. Sementara yang menggunakan kereta sorong atau troli yang diubahsuai menjadi kereta sorong menyusun kereta sorong mereka di celah kesesakan orang ramai yang keluar dari Masjid Nabawi ini. Jualan memang rancak kerana mereka ini pandai berbahasa Melayu. Jika tidakpun penggunaan bahasa isyarat sangat mudah difahami.

Comments