999 atau 112?

 Pagi ini semasa saya dalam perjalanan hendak pergi service kereta, saya ternampak satu kemalangan. Kemalangan yang berlaku berhampiran simpang masuk ke kawasan perumahan. Mangsa berseluar pendek. Berkemungkinan berbangsa Cina terbaring ditengah jalan bersebelahan motosikal. Mangsa tidak bergerak langsung. Datang seorang lelaki Melayu menjaga lalulintas agar mangsa tidak dilanggar. Di sebelah tepi jalan ada beberapa orang yang sedang membantu mangsa lain.

Saya berhentikan kereta dan mengambil handphone dan buat panggilan 999. Baru saya teringat kecemasan bila guna handphone bukan nombor itu yang dipanggil. Saya tidak ingat kerana jarang menggunakan nombor kecemasan handphone. Saya semak nombor telefon polis yang saya simpan. Ok ada nombor Rakankop. Saya panggil dan mendapat jawapan dari Rakankop. Saya maklumkan kejadian lokasi dan minta beliau hubungi ambulance sekali. Bila saya pandang ke tempat kejadian ramai juga yang sedang membuat panggilan. Mungkin mereka juga memanggil polis dan ambulance. Saya teruskan perjalanan dan selang 3 minit saya berselisih dengan kereta polis dan ambulance. Mungkin mereka sedang menuju ke tempat kejadian. Selepas kejadian saya segera cari nombor kecemasan bila guna handphone. Ok sekarang baru saya tahu kita guna 112 untuk hubungi polis, bomba atau ambulance.

Harap pembaca juga ambil tahu. 112 ok untuk handphone dan 999 untuk talian biasa. Jangan lupa nombor kecemasan yang lain seperti PLUS, RakanKop dan lain-lain.

Comments