KAUNSELING VS PSIKOTERAPI DAN PSIKIATRI
KAUNSELING VS
PSIKOTERAPI DAN PSIKIATRI
oleh
Rosni Abdullah
Mukadimmah
Sebagai
Kaunselor saya pernah ditanya samada Kaunselor boleh menyelesaikan masalah
seseorang yang mempunyai masalah psikologi serius kategori sakit mental.
Sebagai orang biasa (layman), anda juga mungkin juga mempunyai soalan yang sama
dan tertanya-tanya adakah kaunseling, psikoterapi dan psikiatri itu sama, jika
tidak, apa perbezaannya? Jika anda mempunyai masalah kesihatan mental, siapakah
anda akan bertemu untuk mendapatkan rawatan/penyelesaian masalah?
KAUNSELING
Istilah
kaunseling kadang-kadang mungkin mengelirukan umum. Ada yang memahami
kaunseling sebagai nasihat, tunjuk ajar, ‘consoling’, atau lebih teruk ‘brain-washing’
mereka yang bermasalah sikap atau disiplin,
Berikut
adalah beberapa penerangan/definisi kaunseling:
- Satu proses memberi bantuan di antara seorang kaunselor dan klien untuk meneroka aspek diri klien yang menjadi masalah kepadanya
- Satu proses untuk membantu klien melihat kepada perasaan atau/dan, pemikiran, tingkahlaku dengan lebih jelas dari perspektif yang berbeza
- Satu perhubungan yang berteraskan kejujuran dan kepercayaan beretikakan kepada kerahsiaan untuk membantu klien menyelesaiakan masalah
Justeru,
kaunseling BUKAN:
- Memberi nasihat.
- Menilai/menghakimi
- Cubaan untuk menyisih/mengetepikan masalah klien
- Mengharapkan/menggalakkan klien untuk bertingkahlaku seperti kaunselor apabila berdepan dengan masalah yang serupa
- Melibatkan perasaan (emotionaly involved) dengan klien
- Melihat kepada masalah klien dari perspektif sendiri dan menggunakan sistem nilai sendiri (‘kalau saya jadi awak’)
- Pendekatan untuk mereka yang mempunyai masalah mental
Kaunselor
menggunakan kaedah/pendekatan berasaskan teori tertentu mengikut kesesuaian
masalah/isu yang dihadapi oleh klien.
PSIKOTERAPI
Psikoterapi
ialah rawatan terapeutik kepada penyakit
mental yang diberikan oleh seorang professional seperti Psikologis/Ahli
Psikologi Klinikal yang mendapat latihan di dalam aspek kesihatan mental. Psikoterapi meneroka pemikiran, perasaan dan
tingkahlaku seseorang dan berusaha untuk memperbaiki/meningkatkan
kesejahteraannya. Psikoterapi
digandingkan dengan ubat-ubatan adalah cara yang paling mujarab untuk
penyembuhan. Contoh-contoh psikoterapi ialah: Terapi Kognitif Tingkah laku,
Terapi pendedahan, Terapi Tingkah Laku Dialektik, dll.
PSIKIATRI
Psikitri
adalah satu bidang perubatan yang menumpukan kepada pendidikan/pembelajaran,
diagnosis, rawatan dan pencegahan kecelaruan mental. Kecelaruan mental
selalunya didiagnos/kesan mengikut kriteria yang disenaraikan di dalam manual
diagnostik seperti ‘Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders’
(DSM), yang dikeluarkan oleh Persatuan Psikiatrik Amerika dan Klasifikasi
Penyakit Antarabangsa (ICD)
Psikiatris
adalah doktor medikal/perubatan (MDs) yang
mendapat pendidikan dan latihan dari sekolah/fakulti perubatan dengan melalui
satu tahun internship serta mempunyai 3 tahun residensi/penempatan di dalam
penilaian dan rawatan kecelaruan mental.
Seseorang psikiatris boleh membuat presripsi ubat, seseorang ahli
psikoterapis/psikologis tidak boleh.
Kedua-dua
Psikoterapis dan Psikiatris menggunakan kaedah psikoterapi untuk merawat tetapi
pendekatan yang digunakan adalah berbeza. Psikoterapi melihat lebih kepada
aspek tingkahlaku serta punca tingkahlaku tersebut. Psikiatris lebih menumpukan
kepada aspek Biologi dan Kimia Saraf (Neurochemistry)
Kecelaruan
mental ialah keadaan di mana berlakunya kacau-bilau kepada personaliti, minda
dan emosi yang menyebabkan berlakunya gangguan yang serius/teruk kepada fungsi
psikologi dan sosial seseorang. Individu-individu yang didiagnosa mempunyai
kecelaruan mental biasanya tidak dapat berfungsi di dalam masyarakat.
Contoh-contoh kecelaruan mental ialah seperti, psikosis (Skizofrenia, psikosis
manik depresif) dan neurosis
(fobia keterlaluan, paranoid, kemurungan, obsesif-kompulsif) dan kecelaruan dwi-polar
(bipolar disorder)
Jadi
berdasarkan penerangan ringkas di atas, diharapkan tuan/puan dapat mendapatkan
perkhidmatan dari pakar-pakar yang bersesuaian untuk menyelesaikan/merawat
masalah/penyakit tuan/puan.
PS: Untuk info lanjut, tuan/puan boleh
layari
Rujukan:
epsikologi.mod.gov.my
RA
30/10/2015
Comments